Pengurusan ladang: saiz ladang sebagai faktor dalam pemilikan jentera sendiri

Nordin Muhamad, (1990) Pengurusan ladang: saiz ladang sebagai faktor dalam pemilikan jentera sendiri. Jurnal Pengurusan, 9 . pp. 43-52. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
316kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/pengurusan/issue/view/199

Abstract

Dengan menggunakan perspektif pengurusan ladang, kajian ini menyelidik sama ada seseorang petani yang mengusahakan saiz ladang yang luas cenderung ke arah memiliki jentera sendiri untuk pengusahaan ladangnya atau sebaliknya. Walaupun pada jangkaan umum, wujud perhubungan antara dua pembolehubah ini (iaitu saiz ladang dan pemilikan jentera), kajian ini menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang bermakna antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Satu lagi hipotesis yang diuji ialah semakin tinggi kos jentera, semakin besar kemungkinan jentera tersebut digunakan untuk mengambil upah di ladang-ladang lain. Hipotesis ini disokong oleh penemuan. Penemuan-penemuan ini menunjukkan bahawa saiz ladang tidak merupakan faktor yang kritikal dalam menentukan sama ada petani membuat keputusan memiliki jentera sendiri atau tidak. Mereka akan cuba menggunakan jentera sepenuhnya dengan mengambil upah di ladang-ladang orang lain.

Item Type:Article
Keywords:pengurusan ladang;pemilikan jentera
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:7930
Deposited By: stud01
Deposited On:09 Nov 2014 05:32
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page