Strategi dan proses membuat keputusan: kajian eksperimen menggunakan sistem sokong keputusan

Hidayat Hussain, (1991) Strategi dan proses membuat keputusan: kajian eksperimen menggunakan sistem sokong keputusan. Jurnal Pengurusan, 10 . pp. 27-47. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
658kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/pengurusan/issue/view/200

Abstract

Satu ekspmerimen telah diadakan untuk menyelidik strategi dan proses yang digunakan oleh pembuat keputusan untuk menyelesaikan masalah Kritena berbilang dengan bantuan Sistem Sokong Keputusan. Di dalam eksperimen ini subjek-subjek melakukan satu tugasan di mana mereka dikehendaki mendapatkan maklumat yang diperlukan dan membuat peniaian dengan menggunakan maklumat tersebut untuk membuat keputusan dengan menggunakan satu perisian komputer yang diwujudkan khas untuk eksperimen ini. Seramai 64 siswa-siswi universti, telah dijadikan subjek yang diminta berlagak sebagai pegawai kemasukan di sebuah umversiti. Tugas mereka ialah melihat 20 profil pemohon untuk memasuki universiti dan membuat keputusan mengenai kelayakan kemasukan pemohon-pemohon. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa (1) tidak semua maklumat diperlukan di dalam proses membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah kriteria berbilang; (2) subjek mempunyai anggapan mengenai keutamaan sifat-sifat yang akan diproses dan aksi fisikal mereka akan didorong oleh anggapan tersebut; (3) arah perolehan maklumat mengikut sifat iaitu berpangsikan kepada satu sifat semua alternatif di dalam sifat tersebut diproses; dan (4) tidak ada corak pembuatan penilaian yang boleh dikesan.

Item Type:Article
Keywords:Strategi dan keputusan
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:7934
Deposited By: stud01
Deposited On:09 Nov 2014 05:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page