Zaharah Bakar, (1991) Ciri-ciri kitaran hayat keluarga: satu tinjauan ke atas keluarga-keluarga di Lembah Kelang. Jurnal Pengurusan, 10 . pp. 75-94. ISSN 0127-2713
|
PDF
509kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/pengurusan/issue/view/200
Abstract
Kebanyakan penyelidikan yang telah dijalankan adalah mengenai cirl-ciri Kitaran Hayat Keluarga di negeri-negeri Barat. Ciri-Ciri ini agak berbeza dengan ciri-ciri Kitaran Hayat Keluarga di Malaysia. amnya kerana terdapat perbezaan dalam cara hidup, kebudayaan, ekonomi, politik dan lain-lain lagi. Objektif kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri Kitaran Hayat Keluarga di Lembah Kelang khasnya. Beberapa tempat di sekitar Lembah Kelang telah dipilih secara rambang untuk menggambarkan keadaan di Malaysia. Hasil kajian yang dijalankan telah mengenalpasti 6 peringkat Kitaran Hayat Keluarga. Peringkat-peringkat Ini termasuk bujang, isirumah tanpa anak. kediaman penuh I (anak di bawah 6 tahun). kediaman penuh II (anak di atas 6 tahun), kediaman penuh III (anak mula meninggalkan keluarga) dan kediaman kasong (anak-anak tidak tinggal bersama). Kajian ini telah mendapati bahwa kebanyakan keluarga-keluarga di Lembah Kelang sekarang berada dalam peringkat bUjang. Kediaman penuh I. kediaman penuh II dan kediaman penuh III. Kajian ini juga telah membuktikan terdapat ciri-ciri perbezaan di antara peringkat-peringkat dalam Kitaran Hayat Keluarga di Lembah Kelang. Dengan mengenalpasti ciri-Ciri perbezaan ini ahli-ahli pemasaran dapat membentuk strategi pasaran yang lebih tepat lagi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | kitaran hayat |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 7937 |
Deposited By: | stud01 |
Deposited On: | 09 Nov 2014 05:58 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:45 |
Repository Staff Only: item control page