Proses sejatpeluhan tumbuhan terpilih sebagai kaedah mendapatkan dan menangani masalah sumber air (The evapotranspiration of selected plants for water acquisition and replenishment)

Main Rindam, and Tengku Norazuan Long Seman, and Rusmini Sulaiman, and Robiah Rashid, (2010) Proses sejatpeluhan tumbuhan terpilih sebagai kaedah mendapatkan dan menangani masalah sumber air (The evapotranspiration of selected plants for water acquisition and replenishment). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 6 (2). pp. 10-19. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
272kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Transpirasi melibatkan perpindahan wap air ke atmosfera daripada rembesan melalui sejatan stomata daun oleh perpeluhan. Istilah transpirasi digunakan dalam kajian iklim, cuaca dan hidrologi untuk mewakili kehilangan air daripada proses perpeluhan secara langsung daripada tumbuh-tumbuhan. Transpirasi ialah kuantiti air yang disejat daripada tumbuhan jika air mengalami lembapan yang optimum. Fisiologi pokok seperti saiz, luas permukaan daun dan tahap pertumbuhan sebatang pokok memainkan peranan dalam mempengaruhi transpirasi. Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh proses transpirasi sebagai proses deuterasi (hidrasi). dengan menggunakan kaedah kerja makmal dan lapangan dalam jangka masa seminggu. Teknik timbang dan pembungkusan digunakan bagi mendapatkan kepelbagaian ukuran jumlah air yang hilang daripada tumbuhan. Pokok yang digunakan bagi kajian ini ialah pokok herba Misai Kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon stamineus dan tergolong dalam keluarga Labiatae. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses transpirasi wap air dari Misai Kucing mempunyai keupayaan untuk bukan sahaja menghilangkan atau membebaskan air dalam jumlah yang banyak tetapi juga memberikan impak kepada kelestarian sesebuah bandar. Ia bukan sahaja menjadi petunjuk tentang potensi deuterasi yang mampu dihasilkan apabila digunakan dalam bentuk produk akhir kesihatan tetapi juga dalam bentuk produk yang lebih penting bagi kehidupan manusia iaitu pengeluar oksigen (O2).

Item Type:Article
Keywords:evapotranspirasi; imbangan air; kesan rumah hijau; Misai Kucing; proses deuterasi (hidrasi) transpirasi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:794
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Apr 2011 03:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page