Faktor penentuan pemilihan lokasi industri pembuatan: kajian kes Kawasan Perindustrian Nilai (Factors determining the location of manufacturing industries in the Nilai Industrial Area, Negeri Sembilan, Malaysia)

Thara Wong Woharn, and Mohd Yusof Hussain, and Azima Abdul Manaf, (2010) Faktor penentuan pemilihan lokasi industri pembuatan: kajian kes Kawasan Perindustrian Nilai (Factors determining the location of manufacturing industries in the Nilai Industrial Area, Negeri Sembilan, Malaysia). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 6 (2). pp. 20-36. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
159kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Kertas ini mengemukakan hasil kajian mengenai faktor penentuan pemilihan lokasi industri pembuatan di kawasan perindustrian baru Nilai, Negeri Sembilan. Pengumpulan data primer dilakukan melalui tiga sumber iaitu tinjauan awal, temuduga dan soal selidik di lapangan. Berdasarkan hasil kajian boleh dirumuskan bahawa perspektif pemilihan lokasi adalah berbeza di antara firma sasaran. Bagi menjawab persoalan kajian, faktor yang mendapat nilai peratusan tertinggi berdasarkan kategori menggalakkan dan sangat menggalakkan dianggap sebagai faktor utama yang mempengaruhi perletakan industri pembuatan di kawasan Nilai. Sehubungan itu, didapati responden di kawasan kajian lebih mementingkan faktor buruh mahir iaitu buruh mahir lelaki, pasaran luar negara, kesampaian kepada kemudahan pelabuhan, kemudahan pengangkutan jalanraya dan lebuhraya serta kemudahan angkutan trela, kemudahan telekomunikasi dan faktor tempat iaitu lokasi yang strategik. Selain itu, insentif Elaun Cukai Pelaburan (ECP) merupakan insentif yang menyebabkan pertumbuhan industri pembuatan di Nilai. Dalam konteks proses membuat keputusan lokasi pula, hasil analisis juga mendapati tiada satu firma sasaran yang berjaya mewujudkan satu proses sejajar dengan model Hayter, Jayet dan Wins dalam peringkat proses membuat keputusan walaupun firma melalui peringkat proses membuat keputusan. Dapat disimpulkan bahawa maklumat yang lengkap dan sempurna adalah kunci kepada pembuat keputusan memutuskan sebarang lokasi yang akan bersesuaian.

Item Type:Article
Keywords:buruh mahir; Elaun Cukai Pelaburan (ECP); industri pembuatan; pilihan lokasi; faktor penentu lokasi; proses pembuatan keputusan lokasi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:795
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Apr 2011 04:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page