Pembandaran di pinggir wilayah metropolitan lanjutan Malaysia: beberapa implikasi terhadap kejiranan dari Lembah Klang-Langat (Urbanisation at the fringe of a Malaysian extended metropolitan: Some neighbourhood implications from the Klang – Langat Valley)

Katiman Rostam, and Er Ah Choy, and Zaini Sakawi, and Abd Rahim Md Nor, and Aishah@Eshah Mohamed, (2010) Pembandaran di pinggir wilayah metropolitan lanjutan Malaysia: beberapa implikasi terhadap kejiranan dari Lembah Klang-Langat (Urbanisation at the fringe of a Malaysian extended metropolitan: Some neighbourhood implications from the Klang – Langat Valley). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 6 (2). pp. 37-50. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
180kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Kegiatan ekonomi di kebanyakan negara membangun kini yang bertumpu di sekitar wilayah metropolitan telah mempengaruhi petempatan dan kejiranan di kawasan pinggirannya. Di Malaysia, proses perubahan ini dapat diperhatikan di Lembah Klang-Langat yang dalam makalah ini dikenali sebagai Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML). Rebakan bandar dan peluasan zon tepu bina melampaui sempadan pentadbiran bandar telah menyebabkan banyak petempatan luar bandar di zon pinggir wilayah metropolitan tersebut bertukar menjadi taman perumahan dan pusat komersial selain kawasan perindustrian. Perkembangan ini mempengaruhi ciri dan kualiti kejiranan desa-bandar yang terletak di zon luar WML tersebut. Kajian tahun 2007 ini bertujuan menaganalisis proses rebakan bandar dan kesannya terhadap ciri dan kualiti kejiranan di zon tersebut. Menggunakan data kaji selidik dan cerapan di lapangan, analisis kajian ini mendapati bahawa kejiranan luar bandar khususnya yang terletak di daerah Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor sedang mengalami taransformasi yang cukup pesat khususnya dari segi ciri persekitaran fizikal termasuk persekitaran dan kualiti rumah kediaman, serta tahap kesejahteraan seperti boleh diukur berdasarkan kesampaian isi rumah kepada perkhidmatan asas dan keselamatan. Perkembangan ini menunjukkan bahawa, di sebalik pembandaran dan pemodenan yang pesat, kejiranan di zon pinggir WML Lembah Klang-Langat tidak terlepas daripada pelbagai gejala sosial yang lazimnya hanya melanda kawasan dalam bandar. Ancaman keselamatan timbul akibat meningkatnya pengangguran, ketagihan dadah dan insiden jenayah, khususnya jenayah kecurian, pecah rumah dan rompakan di kawasan kediaman. Gangguan ini menimbulkan keresahan dan menjejaskan tahap kesejahteraan penghuni kawasan tersebut. Suatu garis panduan diperlukan bagi mengawal gejala sosial tersebut daripada terus menular di kejiranan tersebut.

Item Type:Article
Keywords:gejala sosial; kejiranan; kesejahteraan sosial; petempatan; pinggir bandar; wilayah metropolitan lanjutan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:796
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Apr 2011 04:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page