Rozhan Othman, (1995) Pengurusan sumber manusia strategik: beberapa isu penyelidikan. Jurnal Pengurusan, 14 . pp. 119-133. ISSN 0127-2713
|
PDF
1MB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/pengurusan/issue/view/203
Abstract
Konsep pengurusan sumber manusia menyaran satu pendekatan baru dalam pengurusan tenaga kerja. Di antara sifat utama konsep ini ialah penekanan kepada satu pendekatan yang strategik. Ini bererti amalan pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi hendaklah memenuhi kehendak strategi organisasi. Menurut pengurusan sumber manusia strategik penekanan kepada pendekatan yang berorientasikan strategi seharusnya menghasilkan amalan pengurusan sumber manusia yang mempunyai kesan positif ke atas prestasi organisasi. Walaupun pengurusan sumber manusia strategik boleh dikatakan diterima agak meluas, bukti empirikal yang menunjukkan wujudnya pengamalan konsep ini agak terbatas. Malahan, kajian-kajian yang dilakukan sejak kebelakangan ini menunjukkan amalan pengurusan sumber manusia seperti yang disaran oleh konsep ini jarang wujud di kalangan organisasi-organisasi. Sebaliknya, kajian-kajian empirikal menunjukkan amalan pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi dipengaruhi kontingen berbilang. Tidak wujud bukti yang meyakinkan yang menunjukkan strategi berperanan sebagai penentu bentuk amalan pengurusan sumber manusia. Ini mempunyai beberapa implikasi terhadap pembangunan teori pengurusan sumber manusia. Beberapa isu penting berkaitan dengan masa depan penyelidikan dalam bidang ini di Malaysia dibincangkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | pengurusan sumber manusia |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 7968 |
Deposited By: | stud01 |
Deposited On: | 10 Nov 2014 06:28 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:45 |
Repository Staff Only: item control page