Peningkatan pendidikan menjejaskan fertiliti penduduk tempatan: konfirmasi dari pembangunan Besut Baru, Terengganu (The reductive impact of educational improvement on the fertility of local population: Confirmation from Besut Baru, Terengganu)

Rosniza Aznie Che Rose, and Asmah Ahmad, (2010) Peningkatan pendidikan menjejaskan fertiliti penduduk tempatan: konfirmasi dari pembangunan Besut Baru, Terengganu (The reductive impact of educational improvement on the fertility of local population: Confirmation from Besut Baru, Terengganu). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 6 (2). pp. 51-62. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
152kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Kesuburan manusia merupakan satu proses semulajadi yang bertanggungjawab terhadap penggantian biologi dan pemeliharaan masyarakat supaya terus wujud. Ini bermakna tanpa kesuburan penduduk tidak akan bertambah. Tingkat pendidikan adalah faktor utama yang mempengaruhi fertiliti. Di Malaysia Dasar Ekonomi Baru memberi banyak peluang peningkatan pendidikan kepada wanita sehingga mengupayakan mereka memperolehi kemahiran dan pekerjaan yang lebih baik. Bagaimanapun, perubahan ini telah melewatkan usia perkahwinan wanita . Kertas ini menampilkan pengamatan impak peningkatan pendidikan wanita kepada tren fertiliti di negeri Terengganu umumnya dan di Kampung Raja, Besut Baru khususnya. Hasil pengamatan tren umum fertiliti di negeri Terengganu menunjukkan penurunan Kadar Kematian Kasar (KKK) dan Kadar Kematian Bayi (KKB) secara berterusan semenjak 1957 disebabkan oleh peningkatan tahap pendidikan dan kesihatan telah mendorong kaum wanita melibatkan diri dalam pelbagai pekerjaan yang membolehkan mereka berdikari dari segi ekonomi. Situasi ini telah merubah peranan dan status wanita di mana wanita sekarang tidak lagi memberi penekanan kepada aspek perkahwinan. Amalan membujang atau menangguhkan usia perkahwinan telah memendekkan tempoh reproduktif wanita . Hal ini tentunya membawa kepada pengurangan jumlah anak yang mampu dilahirkan setelah wanita berkahwin. Semua tren umum penurunan fertiliti ekoran daripada peningkatan pendidikan wanita di peringkat negeri Terengganu ini mendapat konfirmasi empirikal daripada kajian mikro 2005 di kawasan Kampung Raja, Besut Baru. Bagaimanapun, penurunan tersebut masih tidak seragam dan berbeza berdasarkan kedudukan sosioekonomi dan kawasan. Kesimpulannya, Besut Baru dan Terengganu harus mendepani kemungkinan besar menurunnya keupayaan tingkat penggantian penduduk masing-masing dengan segala implikasinya kepada pembangunan dan kesejahteraan hidup penduduk seterusnya.

Item Type:Article
Keywords:Kadar Kematian Kasar; Kadar Kematian Bayi; penangguhan perkahwinan; pemendekan tempoh reproduktif; tingkat penggantian penduduk; tren fertiliti
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:797
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Apr 2011 04:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page