Puisi Intan dalam pengajaran bahasa Melayu: satu kajian penerokaan

Kamsiah Abdullah, (2014) Puisi Intan dalam pengajaran bahasa Melayu: satu kajian penerokaan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (1). pp. 27-36. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
856kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html

Abstract

Puisi Intan ialah istilah yang penulis berikan kepada satu genre yang semakin popular di laman maya yang dikenali sebagai “diamante” atau “diamond poems.” Nama ‘intan’ ini diilhamkan daripada bentuk grafik puisi ini, yang menyerupai bentuk permata yang bergemerlapan itu. Penulisan Puisi Intan ini telah mula diperkenalkan oleh pengkaji ke dalam dunia pendidikan bahasa Melayu selama beberapa tahun kepada guru-guru pelatih program Diploma Pendidikan, Sarjana Muda Sastera dan kemudian kepada para peserta Program Sarjana Pendidikan (PDCM). Namun, ia belum diajar secara menyeluruh dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh demikian, kajian ini dijalankan khusus untuk meneroka kewajaran dan kebolehlaksanaan mengajar jenis puisi ini kepada pelajar-pelajar bahasa Melayu. Dalam kajian eksploratori ini, responden yang terdiri daripada satu kohort guru-guru pelatih dan satu kohort guru berpengalaman yang telah diperkenalkan dan diajar jenis puisi ini telah memberi maklum balas berupa renungan sebagai data berbentuk kualitatif. Hasil analisis data menunjukkan bahawa Puisi Intan mempunyai potensi besar sebagai satu genre yang boleh diperkenalkan ke dalam kurikulum pengajaran bahasa dan juga sastera Melayu, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Item Type:Article
Keywords:Puisi Intan; Pengajaran bahasa Melayu; Pengajaran sastera; Kajian kualitatif
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:7985
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 13:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page