Magdeline anak Nor, and Zamri Mahamod, (2014) Penterjemahan pengetahuan pedagogi kandungan dalam proses tindakan guru bahasa Iban baharu dan berpengalaman bukan opsyen. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (1). pp. 37-49. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
481kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui cara pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) dilaksanakan dalam bentuk penaakulan pedagogi dan tindakan guru semasa proses pengajaran di dalam bilik darjah. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Tiga orang guru bahasa Iban dari PPD Subis dan seorang dari PPD Miri telah menjadi peserta kajian kes, iaitu terlibat dalam temu bual dan pemerhatian. Data kajian berbentuk transkrip temu bual dianalisis secara teliti dengan bantuan perisian Nvivo 9. Dapatan kajian menunjukkan kesemua guru bahasa Iban baharu dan berpengalaman melalui kesemua tahap proses tindakan pengajaran guru, iaitu peringkat kefahaman, transformasi, tindakan pengajaran, penilaian, refleksi dan kefahaman baharu. Faktor pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Iban telah membentuk corak pengajaran yang berbeza antara guru bahasa Iban baharu dan berpengalaman bukan opsyen dalam setiap peringkat perkembangan pengajaran. Hal ini kerana mereka bukan guru yang pengkhususan dalam mata pelajaran Bahasa Iban. Guru baharu merujuk guru bahasa Iban yang lebih berpengalaman semasa membuat persediaan sebelum mengajar. Manakala guru bahasa Iban berpengalaman pula merujuk kepada generasi tua untuk mendapat jawapan bagi persoalan mereka. Implikasi kajian ini menunjukkan tidak timbul isu guru tidak pandai mengajar bahasa Iban. Pengetahuan isi kandungan dan PPK pengajaran guru bahasa Iban boleh dikembangkan serta dimantapkan melalui latihan secara berterusan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengetahuan pedagogi kandungan; Bahasa Iban; Guru bahasa Iban; Pengajaran bahasa Iban; Kajian kes |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 7986 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Nov 2014 13:17 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:45 |
Repository Staff Only: item control page