Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam kurikulum Bu’uth Al-Azhar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Maimun Aqsha Lubis, and Zaffi Alias, and Hanis Najwa ShaharuddinN, (2014) Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam kurikulum Bu’uth Al-Azhar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (1). pp. 51-61. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
423kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html

Abstract

Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran bahasa Arab masih perlu dipertingkatkan terutama di sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif yang dilaksanakan untuk mengenal pasti teknik, amalan pelaksanaan pengajaran dan kekerapan penggunaan bahan bantu guru bahasa Arab yang menggunakan kurikulum Bu’uth al-Azhar. Lokasi kajian adalah di dua buah (SABK) di negeri Selangor. Soal selidik diedarkan kepada 20 orang guru dan 150 orang pelajar. Dapatan kajian telah mendapati nilai min bagi teknik pengajaran guru di dalam bilik darjah dari perspektif guru (min = 4.15) dan pelajar (min = 3.82) berada pada tahap yang tinggi. Di samping itu, nilai min pada amalan pengajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah dari perspektif guru (min = 3.47) dan pelajar (min = 3.96) juga berada di tahap yang tinggi. Manakala min tahap kekerapan penggunaan bahan bantu mengajar dari perspektif guru (min = 2.18) dan pelajar (min = 2.16) berada pada tahap yang rendah. Dapatan ini menunjukkan bahawa sikap positif pelajar kepada teknik dan amalan pengajaran guru tetapi pelajar dan guru tidak memberikan sikap yang positif kepada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang menyeluruh amat perlu dititikberatkan terutamanya di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Item Type:Article
Keywords:Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); Kurikulum Bu’uth al-Azhar; Teknik pengajaran; Amalan pelaksanaan pengajaran dalam bilik darjah; Bahan bantu mengajar (BBM)
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:7987
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 13:24
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page