Kesediaan kanak-kanak prasekolah mengecam pola matematik

Sharifah Norul Akmar Syed Zamri, and Nor Adlina Mohd Fadhil, (2014) Kesediaan kanak-kanak prasekolah mengecam pola matematik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (1). pp. 63-68. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
615kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka kesediaan kanak-kanak prasekolah berusia 6 tahun mengecam pola dalam lima dimensi dan aturan pola yang berbeza. Kajian ini mengadaptasi instrumen daripada kajian Gadzichowski. Seramai 156 orang kanak-kanak terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan secara purata tahap kesediaan kanak-kanak ini dalam mengecam pola dalam lima dimensi dan aturan yang berbeza adalah rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak lebih mudah mengecam pola dalam dimensi warna (31.15%) berbanding dimensi lain. Kanak-kanak didapati sukar untuk mengecam pola dalam dimensi nombor (25.89%). Dapatan kajian juga menunjukkan kanak-kanak mudah mengecam aturan pola jenis 1, iaitu bentuk selangan mudah ABBABB (38.97%). Namun kanak-kanak didapati bermasalah dalam mengecam aturan pola jenis 4, iaitu selangan pertambahan ABABBABBB (20.38%). Dapatan kajian ini dapat membantu guru matematik pra-sekolah untuk mempelbagaikan pengajaran pola dan kandungan pengetahuan daripada dimensi dan peraturan paling mudah kepada pola yang paling kompleks.

Item Type:Article
Keywords:Pola matematik; Mengecam pola; Matematik awal; Kanak-kanak prasekolah
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:7988
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 14:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page