Kepemimpinan kemahiran insaniah dan pengurusan kurikulum pengetua di Sekolah Berprestasi Tinggi

Tang, Keow Ngang and Zainab Ali, (2014) Kepemimpinan kemahiran insaniah dan pengurusan kurikulum pengetua di Sekolah Berprestasi Tinggi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (1). pp. 77-82. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
373kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepemimpinan kemahiran insaniah dengan pengurusan kurikulum pengetua di Sekolah Berprestasi Tinggi. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 186 orang guru daripada lima buah sekolah menengah yang berprestasi tinggi yang terletak di Pulau Pinang dan Kedah dipilih sebagai responden kajian. Penganalisisan data yang digunakan ialah min, sisihan piawai, dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min yang tinggi bagi kedua-dua pemboleh ubah utama, iaitu kepemimpinan kemahiran insaniah (min = 4.260) dan pengurusan kurikulum (min = 4.435). Setiap komponen kepemimpinan kemahiran insaniah juga berada pada tahap yang tinggi, iaitu julat min antara 4.017 hingga 4.392. Pekali korelasi Pearson menunjukkan bahawa kelapan-lapan komponen kepemimpinan kemahiran insaniah mempunyai hubungan yang signifikan, sederhana dan positif dengan pengurusan kurikulum (0.490 ≤ r ≤ 0.700) pada aras signifikan 0.01. Hasil kajian ini dapat membantu pihak pentadbir pendidikan terutama pengetua sekolah agar dapat mengaplikasikan kepemimpinan kemahiran insaniah di sekolah bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dengan berfokuskan kemenjadian murid seperti yang dihasratkan oleh kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Item Type:Article
Keywords:Kepemimpinan kemahiran insaniah; Pengurusan kurikulum; Sekolah Berprestasi Tinggi
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:7990
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 14:22
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page