Pelaksanaan pengajaran program pelajaran tulisan Arab Melayu di dalam bilik darjah di Madrasah Ibtida’iyyah, (MI) Kota Batam, Indonesia

Maimun Aqsha Lubis, and Ikwan Se, and Hamdan Arman, and Md Yusoff Daud, and Sabariah Sulaiman, (2013) Pelaksanaan pengajaran program pelajaran tulisan Arab Melayu di dalam bilik darjah di Madrasah Ibtida’iyyah, (MI) Kota Batam, Indonesia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38 (1). pp. 15-24. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
358kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan pengajaran program pelajaran tulisan Arab Melayu di dalam bilik darjah di Madrasah Ibtida’iyyah (MI), Kota Batam, Indonesia. Aspek yang dikaji ialah (1) masalah yang dihadapi oleh guru-guru program pelajaran tulisan Arab Melayu dan (2) pencerapan pengajaran berstruktur terhadap 5 orang guru di dalam bilik darjah. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik terhadap 45 orang guru program pelajaran tulisan Arab Melayu yang merangkumi 21 Madrasah Ibtida’iyyah (MI) di Kota Batam, Indonesia. Pencerapan pengajaran berstruktur juga telah dijalankan terhadap lima orang guru dengan tiga kali pencerapan bagi setiap orang guru. Data dianalisis secara kuantitatif menggunakan min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan masalah yang dihadapi oleh guru-guru program pelajaran tulisan Arab Melayu berada pada tahap yang sederhana (min=2.82 sp=1.66), merangkumi empat aspek, iaitu aspek pengetahuan, aspek kesediaan, aspek sokongan dan aspek kemahiran. Berdasarkan hasil pencerapan terhadap lima orang guru secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana (min=2.99). Aspek yang dicerap ialah perancangan, pelaksanaan, set induksi, pendekatan, kaedah, teknik pengajaran serta penilaian, penutup dan penilaian keseluruhan. Dapatan kajian ini dapat menjelaskan tentang masalah yang dihadapi oleh guru-guru program pelajaran tulisan Arab Melayu di Madrasah Ibtida’iyyah (MI) Kota Batam, Indonesia dan diharapkan dapat membantu mereka mencari jalan penyelesaian berhubung permasalahan yang mereka hadapi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut di dalam bilik darjah. Beberapa cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program pelajaran tulisan Arab Melayu telah dikemukakan, iaitu guru seharusnya mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran serta standard piawaian pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini diharapkan dapat menambah baik pelaksanaan pengajaran program pelajaran tulisan Arab Melayu di Kota Batam, Indonesia.

Item Type:Article
Keywords:Masalah pengajaran; Pencerapan pengajaran; Tulisan Arab Melayu; Standard piawaian pengajaran dan pembelajaran
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:7992
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 14:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page