Intervensi kerja sosial sekolah dalam menangani masalah sosial pelajar

Nurzaimah Asalal, and Ezarina Zakaria, and Haris Abd Wahab, (2013) Intervensi kerja sosial sekolah dalam menangani masalah sosial pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38 (1). pp. 41-51. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
318kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html

Abstract

Artikel ini membincangkan intervensi kerja sosial sekolah dalam menangani masalah sosial pelajar. Perbincangan adalah berasaskan kepada pembacaan artikel-artikel jurnal dan buku yang berkaitan dengan keberkesanan intervensi kerja sosial sekolah oleh pengkaji dan penulis terdahulu. Amalan kerja sosial dalam setting sekolah bertujuan untuk membantu meningkatkan kefungsian sosial pelajar sekolah yang bermasalah. Intervensi kerja sosial sekolah dilaksanakan dengan melibatkan individu, keluarga, jiran, komuniti dan polisi sosial untuk penambahbaikan sistem persekolahan. Berdasarkan perbincangan didapati intervensi yang diberikan oleh pekerja sosial memberi kesan yang positif terhadap pencapaian akademik dan sosialisasi pelajar yang bermasalah. Keberkesanan intervensi ini menggambarkan kesesuaian amalan kerja sosial sekolah dalam usaha-usaha menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Kerja sosial sekolah; Intervensi; Masalah sosial
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:7994
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 15:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page