Hubungan persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah

Mohd Fazli Hasan, and Suhaida Abdul Kadir, and Soaib Asimiran, (2013) Hubungan persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38 (2). pp. 1-9. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
517kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah daerah Klang. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Seramai 291 orang ketua guru penasihat telah dipilih secara rawak dari 31 buah sekolah menengah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diubah suai berdasarkan “School-Level Environment Questionnaire” untuk mengukur persekitaran sekolah dan “National Survey of Student Engagement 2011” untuk mengukur penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Analisis korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan (r=0.294, p=0.00) antara persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Hasil kajian menunjukkan bahawa persekitaran sekolah adalah faktor signifikan bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

Item Type:Article
Keywords:Persekitaran Sekolah, Penglibatan Pelajar, Kokurikulum, Sekolah Menengah
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:7998
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 15:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page