Kemahiran meta kognitif dan hubungannya dengan jantina, jenis sekolah dan pencapaian murid dalam pembelajaran bahasa Melayu

Nur Aisyah Mohamad, and Zamri Mahamod, and Sharala Subramaniam, (2013) Kemahiran meta kognitif dan hubungannya dengan jantina, jenis sekolah dan pencapaian murid dalam pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38 (2). pp. 23-32. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
502kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemahiran meta kognitif dan hubungannya dengan jantina, jenis sekolah dan pencapaian murid ketika mempelajari bahasa Melayu. Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan terhadap 299 orang murid tingkatan empat di lapan buah sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah agama di daerah Pasir Mas, Kelantan dijadikan responden kajian. Sampel dipilih secara rawak mudah. Soal selidik digunakan bagi mengumpul data. Data dianalisis secara inferensi dengan menggunakan statistik MANOVA. Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa murid-murid perempuan mempunyai meta kognitif jauh lebih baik berbanding murid-murid lelaki. Murid-murid dari sekolah menengah agama mempunyai kemahiran kognitif yang lebih baik berbanding murid-murid dari sekolah menengah kebangsaan. Murid-murid yang mempunyai meta kognitif yang pelbagai mempunyai pencapaian dalam bahasa Melayu yang lebih baik berbanding murid-murid yang kurang atau lemah kemahiran meta kognitifnya. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan agar kemahiran meta kognitif perlu diberi perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Setiap guru bahasa Melayu wajar meneroka kemahiran meta kognitif murid-murid mereka dengan merancang kaedah pengajaran yang lebih efektif dan berpusatkan murid dilaksanakan.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran meta kognitif, Jantina, Jenis sekolah, Pencapaian bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:8000
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 15:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page