Motif penglibatan sukarelawan sukan Institusi Pengajian Tinggi terhadap tahap kepuasan diri

Tajul Arifin Muhamad, and Aishah Nadirah Mohd Alauddin, (2013) Motif penglibatan sukarelawan sukan Institusi Pengajian Tinggi terhadap tahap kepuasan diri. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38 (2). pp. 51-59. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
471kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik motif yang mempengaruhi penglibatan sukarelawan sukan institusi pengajian tinggi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti motif utama yang menyumbang kepada tahap kepuasan diri sukarelawan. Seramai 60 orang sukarelawan bagi Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT 2012) yang terdiri daripada 26 lelaki dan 34 perempuan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun telah dijadikan responden utama dalam penyelidikan ini. Bagi tujuan kajian ini, soal selidik yang diubah suai daripada Volunteer Function Inventory (VFI) oleh Clary et al. diguna pakai bagi menguji motif individu untuk menjadi sukarelawan melalui pendekatan Teori Fungsi. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara sukarelawan lelaki dan perempuan dari segi penglibatan yang bermotifkan nilai (t = 2.06, p < 0.05), dan pemahaman (t = 2.24, p < 0.05). Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa motif kerjaya, sosial, nilai, pemahaman, peningkatan dan perlindungan merupakan faktor yang menyumbang kepada tahap kepuasan sukarelawan. Aspek nilai (values) didapati merupakan faktor motivasi utama yang paling menyumbang kepada tahap kepuasan sukarelawan (t = 2.73, p < 0.05). Dapatan kajian ini bermanfaat dalam meningkatkan pemahaman terhadap tahap motivasi sukarelawan.

Item Type:Article
Keywords:Sukarelawan, Motif penglibatan, Kepuasan diri, Volunteer Function Inventory (VFI)
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:8003
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 15:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page