Penggunaan bahan penstabil dalam kitar semula sejuk setempat turapan jalan raya boleh lentur

Asmah Hamim, and Nur Izzi. Md. Yusoff, (2013) Penggunaan bahan penstabil dalam kitar semula sejuk setempat turapan jalan raya boleh lentur. Jurnal Kejuruteraan, 25 . pp. 1-9. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
373kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm/index

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan wasap silika, abu sekam padi dan batu kapur sebagai bahan penstabil dalam kitar semula sejuk setempat turapan jalan raya boleh lentur. Satu sampel campuran kitar semula sejuk setempat terdiri daripada 75% turapan asfalt kitar semula yang diambil di tapak, 25% batuan hancur dan 5.05% air. Campuran asfalt yang mengandungi 1.5% simen (daripada jumlah berat sampel) telah dijadikan sebagai sampel piawai. Manakala sampel-sampel ujikaji masing-masing dicampurkan dengan wasap silika, abu sekam padi dan batu kapur pada kadar 1, 3, 5, 7 dan 9%. Lima ujikaji yang berbeza; iaitu ujikaji pemadatan menggunakan kaedah tukul penggetar, ujikaji Kestabilan dan Aliran Marshall, ujikaji mampatan tak terkurung, ujikaji modulus kekuatan tegangan tak terus dan ujikaji rayapan statik telah dijalankan. Didapati bahawa kesemua bahan penstabil menunjukkan keputusan yang tidak sejajar berbanding dengan sampel yang dicampurkan dengan 1.5% simen. Penggunaan campuran abu sekam padi sebanyak 7% didapati mempunyai potensi sebagai bahan penstabil kerana mempunyai kekuatan dan daya menahan beban yang lebih tinggi serta kerintangan terhadap rayapan yang lebih baik berbanding dengan campuran wasap silika dan batu kapur. Keputusan ujikaji juga mendapati bahawa kandungan optimum bagi wasap silika dan batu kapur masing-masing ialah sebanyak 7% dan 3% diperlukan untuk menghasilkan satu campuran kitar semula sejuk setempat yang baik.

Item Type:Article
Keywords:kitar semula sejuk setempat; simen; wasap silika; abu sekam padi dan batu kapur
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:8004
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 16:17
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page