Analisis kesan frekuensi dan sudut dongakan terhadap pelemahan hujan di Malaysia

Teh, Sieh Ting and Ooi, Wei Chun and Mandeep, J. S. (2013) Analisis kesan frekuensi dan sudut dongakan terhadap pelemahan hujan di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, 25 . pp. 19-23. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
301kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm/index

Abstract

Kesesakan spektrum jalur frekuensi yang telah ditetapkan sejak sekian lama telah mendorong kepada penggunaan frekuensi yang lebih tinggi iaitu melebihi 10 GHz bagi memenuhi kehendak dan keperluan para pengguna. Namun demikian, operasi di jalur frekuensi ini akan menyebabkan sistem lebih mudah terdedah kepada kehilangan isyarat akibat dari fenomena alam semulajadi seperti hujan lebat. Disebabkan oleh kesan pudaran hujan, ramalan pelemah hujan menggunakan taburan kadar hujan 1-minit menjadi semakin penting. Ramai penyelidik telah mencadangkan pelbagai jenis model ramalan untuk menganggar pelemahan hujan di seluruh dunia. Namun demikian, tidak ada model yang sesuai yang boleh meramalkan pelemah hujan dengan tepat. Di Universiti Sains Malaysia (USM), model International Telecommunication Union–Region (ITU-R) telah menunjukkan ramalan yang terbaik berbanding model-model yang lain. Model ITU-R digunakan untuk menganalisis kesan-kesan pelemahan hujan pada frekuensi dan sudut dongakan yang berbeza. Daripada analisis yang telah dilakukan, didapati bahawa peningkatan frekuensi operasi dan penurunan dalam sudut dongakan akan mengakibatkan peningkatan dalam pelemahan hujan. Namun demikian penjelasan seperti di atas boleh dilihat bagi sudut dongakan melebihi ketinggian 50°.

Item Type:Article
Keywords:Taburan hujan; kadar hujan; satelit; jalur Ku
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:8006
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 16:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page