Pemetaan dan pengelompokan isyarat akustik alat muzik tradisional Melayu menggunakan kaedah analisis isyarat statistik

Abdul Rahim Bahari, and Mohd Zaki Nuawi, and Ab Samad Kechot, and Firdaus Mohd Hamzah, and Suziana Mat Saad, (2013) Pemetaan dan pengelompokan isyarat akustik alat muzik tradisional Melayu menggunakan kaedah analisis isyarat statistik. Jurnal Kejuruteraan, 25 . pp. 33-38. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
503kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm/index

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan tentang kajian pembangunan kaedah pemetaan dan pengelompokan isyarat akustik alat muzik tradisional Melayu. Isyarat akustik bagi knot B3 direkod menggunakan sistem perekodan bunyi yang direkabentuk berasaskan gabungan mikrofon, modul kuasa dan sistem pemerolehan data. Alat muzik tradisional Melayu yang terlibat adalah cak lempong, seruling dan gambus. Rakaman dalam domain masa menunjukkan bentuk gelombang yang pelbagai mengikut kaedah alat tersebut dimainkan. Tahap persamaan antara dua isyarat akustik yang berbeza bagi alat muzik tradisional Melayu yang sama ditentukan melalui ujian ANOVA. Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan proses pemetaan dan pengelompokan, kaedah analisis isyarat statistik alternatif iaitu Integrated Kurtosis-based Algorithm for Z-notch filter (I-kaz™) dan Mesokurtosis Zonal Nonparametric (M-Z-N) digunapakai bagi mengekstrak ciri-ciri yang terdapat dalam isyarat tersebut. Pengenalpastian dilakukan menggunakan kombinasi pekali I-kaz dan pekali M-Z-N. Hasil kajian menunjukkan keputusan pencirian isyarat akustik melalui pemetaan dan pengelompokan telah berjaya dilaksanakan melalui kaedah yang dibangunkan ini.

Item Type:Article
Keywords:Pemetaan dan pengelompokan; I-kaz™; M-Z-N; alat muzik tradisional Melayu
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:8008
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 18:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page