Faktor perceraian di mahkamah syariah bahagian Mukah, Sarawak dari Tahun 2000 hingga 2010

Abe Sohpian Abdul Rahman, and Zuliza Mohd Kusrin, and Anwar Fakhri Omar, (2014) Faktor perceraian di mahkamah syariah bahagian Mukah, Sarawak dari Tahun 2000 hingga 2010. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 36 (1). pp. 5-20. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
502kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Kajian ini dibuat bertujuan bagi mengenal pasti faktor-faktor perceraian yang berlaku di Mahkamah Syariah Bahagian Mukah dari tahun 2000 hingga 2010. Sebanyak 356 kes dikaji melibatkan pelbagai jenis perceraian dalam Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak, juga termasuk kes-kes yang dibatalkan dan ditarik balik iaitu sebanyak 44 kes. Kajian ini menggunakan kaedah analisis data daripada fail-fail kes dan borang maklumat aduan Jabatan Agama Islam Mukah. Faktor perceraian berdasarkan demografi plaintif dan defendan. Antara aspek yang dikaji ialah umur perkahwinan, umur suami dan isteri, pendapatan, jumlah anak, latar belakang pendidikan dan alasan perceraian. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif dan dinyatakan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa pengabaian tanggungjawab antara pasangan merupakan faktor dalaman paling utama berlakunya perceraian di kawasan Mukah, Sarawak selain faktor luaran iaitu perkahwinan di usia muda dan pendapatan keluarga.

Item Type:Article
Keywords:Faktor perceraian; faktor dalaman; faktor luaran; pengabaian tanggungjawab; usia muda; pendapatan keluarga
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:8010
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 19:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page