Inovasi pemakaian prinsip wa‘dan dalam instrumen lindung nilai Islam

Azlin Alisa Ahmad, and Shofian Ahmad, (2014) Inovasi pemakaian prinsip wa‘dan dalam instrumen lindung nilai Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 36 (1). pp. 21-32. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
494kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Pada masa kini, institusi kewangan Islam di Malaysia telah mengguna pakai konsep wa‘d dalam produk lindung nilai seperti kontrak Islamic FX forward. Meskipun penggunaan wa‘d berpotensi untuk dibangunkan bagi memenuhi keperluan lindung nilai, namun penggunaan wa‘d menimbulkan isu ketidakadilan kerana ia hanya mengikat sebelah pihak iaitu pihak pelanggan yang merupakan pemberi janji, tidak kepada pihak bank. Ekoran kelemahan dalam prinsip wa‘d, maka penggunaan Wa‘dan yang mengikat kedua-dua belah pihak dilihat mempunyai ruang dan potensi untuk menampung kekurangan ini. Namun, penggunaan Wa‘dan menimbulkan isu hukum dalam beberapa kontrak pertukaran aset ribawi kerana ia dilihat seperti menyamai konsep muwa‘adah. Sebagai contoh, pihak AAOIFI tidak membenarkan pertukaran mata wang asing dengan melakukan muwa‘adah terlebih dahulu kerana muwa‘adah menyerupai akad jual beli. Apabila muwa‘adah menyerupai akad, maka riba akan berlaku kerana penyerahan mata wang masih belum berlaku dalam muwa‘adah seperti mana yang telah digariskan dalam prinsip al-sarf. Sekiranya Wa‘dan juga dianggap menyamai muwa‘adah, maka pengaplikasiannya dalam kontrak hadapan mata wang asing turut menimbulkan isu riba. Berdasarkan isu tersebut, objektif kajian ialah menilai prinsip wa‘d yang diamalkan dalam salah satu instrumen lindung nilai, iaitu kontrak Islamic FX forward. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji Wa‘dan sebagai alternatif kepada wa‘d dalam produk lindung nilai, terutama dari aspek perbezaan Wa‘dan dan muwa‘adah serta menganalisis prospek pemakaian Wa‘dan sebagai asas dalam menghasilkan mekanisme lindung nilai Islam. Pendekatan penyelidikan bagi kajian ini berupa kajian kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kes. Kajian ini juga mengguna pakai kaedah temu bual semi struktur dalam usaha mengumpul data di peringkat kajian lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa konsep Wa‘dan berbeza dengan konsep muwa‘adah dari beberapa segi. Justeru, konsep Wa‘dan berpotensi dibangunkan dalam penstrukturan produk Islamic FX forward dalam lindung nilai yang lebih kompetitif dan inovatif.

Item Type:Article
Keywords:Kewangan Islam; wa‘d; muwa‘adah, riba; lindung nilai
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:8011
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 19:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page