Kaedah penyelesaian kemungkiran kontrak (default payment) dalam Islam: sorotan literatur

Norwajia Umi Ismail, and Mat Noor Mat Zin, and Salmy Edawati Yaacob, (2014) Kaedah penyelesaian kemungkiran kontrak (default payment) dalam Islam: sorotan literatur. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 36 (1). pp. 41-48. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
314kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Permasalahan kemungkiran kontrak dalam pembiayaan hutang dilihat semakin meningkat sejajar dengan perkembangan pesat sistem kewangan Islam di Malaysia. Pihak perbankan telah mengambil pelbagai kaedah yang sesuai untuk menangani permasalahan ini. Namun, timbul persoalan berkaitan asas penilaian sesuatu kemungkiran kontrak dan adakah wujud kaedah-kaedah lain selain ganti rugi untuk membantu institusi kewangan Islam menangani masalah kemungkiran ini. Justeru, kertas kerja ini menyoroti kajian lepas berkaitan dengan permasalahan kemungkiran kontrak. Analisis literatur dilakukan untuk menilai semula konsep kemungkiran kontrak dan mengenalpasti kaedah penyelesaiannya menurut pandangan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan. Hasil sorotan literatur ini mendapati bahawa masalah kemungkiran kontrak sering terjadi apabila berlakunya perlanggaran hak dan syarat. Sebahagian masalah kemungkiran kontrak juga dapat ditangani melalui penggunaan beberapa kaedah dan kontrak sokongan. Maka, satu kajian untuk membentuk kaedah dan mekanisme penyelesaian kemungkiran kontrak berasaskan prinsip Islam perlu dibangunkan. Ini adalah supaya perjalanan sistem kewangan dan perbankan Islam akan lebih telus dan harmoni.

Item Type:Article
Keywords:Kemungkiran kontrak; kaedah penyelesaian; pembiayaan hutang
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:8013
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Nov 2014 19:17
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page