Kehendak manusia: justifikasi dan pengkategorian berdasarkan tanggungjawab

Muhammad Atiullah Othman, and Indriaty Ismail, and Ibrahim Abu Bakar, (2014) Kehendak manusia: justifikasi dan pengkategorian berdasarkan tanggungjawab. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 36 (1). pp. 57-62. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
308kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Tulisan ini memfokuskan kaitan ‘kehendak’ dengan tanggungjawab. Isu ini sangat berkaitan rapat dengan kebebasan kehendak dan alternatif pilihan manusia yang hangat dibincangkan oleh ahli akademik Barat. Perbincangan ini turut berlaku antara Muktazilah dan al-Asha’irah. Tujuan tulisan ini adalah memahami konsep ‘kehendak’ dari setiap mazhab dan mengenalpasti sejauhmana kaitan kehendak dengan tanggungjawab manusia. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan yang merujuk bahan-bahan bacaan terdahulu dan terkini. Kaedah yang digunakan adalah kaedah induktif bagi memahami konsep kehendak serta kaedah deduktif dengan menyifatkan makna kehendak kepada bertanggungjawab atau tidak bertanggungjawab. Hasil kajian ialah dapat mengenengahkan beberapa konsep yang berkaitan dengan kehendak. Sesetengah konsep kehendak perlu ditanggungjawabkan iaitu peringkat pilihan yang tetap, peringkat keinginan yang sudah mempunyai kehendak yang tetap, mempunyai niat, kehendak yang teguh, kehendak berserta akal dan keazaman. Begitu juga, sesetengah konsep kehendak yang tidak perlu dipertanggungjawabkan seperti hanya mempunyai kemungkinan membuat pilihan, permulaan keinginan, tiada niat, kecenderungan dan inspirasi.

Item Type:Article
Keywords:Kehendak; keinginan; pemikiran Islam; pemikiran Barat; tanggungjawab moral; tanggungjawab manusia
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:8016
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Nov 2014 19:55
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page