Persepsi dan penggunaan media sosial dari perspektif ibu bapa: satu analisis kualitatif

Che Su Mustaffa, and Nan Zakiah Megat Ibrahim, (2014) Persepsi dan penggunaan media sosial dari perspektif ibu bapa: satu analisis kualitatif. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 30 (Sp . pp. 43-74. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
873kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/index.html

Abstract

Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi. Kepentingan peranan komunikasi ini jelas sebagai penyalur dan perkongsian maklumat antara ahli keluarga, pendidikan, hiburan, dan sebagainya yang menjadi wadah kepada proses sosialisasi serta pendidikan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak hinggalah membawa kepada beliau menjadi seorang dewasa. Salah satu elemen penting dewasa ini yang turut berperanan dalam hubungan anak-ibu bapa ialah media sosial terutamanya penggunaan Facebook. Sehubungan itu, kertas kerja ini membincangkan tentang pola penggunaan Facebook dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan berhubung dengan anak-anak. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual berstruktur dengan ibu bapa yang mempunyai laman sosial Facebook. Data dianalisis menggunakan perisian Nvivo. Hasil analisis mencerminkan beberapa kategori penggunaan laman sosial dalam kalangan ibu bapa iaitu untuk tujuan mengikuti perkembangan semasa, berhubung dengan ahli keluarga, mengeratkan silaturahim, pekerjaan, akademik dan lain-lain. Rata-ratanya responden merasakan bahawa mereka merasa gembira menggunakan laman sosial berkenaan di samping memperolehi maklumat semasa. Dalam konteks perhubungan dengan anak-anak, terdapat sebahagian responden yang mengakui bahawa media sosial berpontesi menjadi pemantau aktiviti anak-anak. Berdasarkan kepada hasil kajian, implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi; penggunaan; media sosial; komunikasi keluarga; Facebook
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:8022
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Nov 2014 23:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page