Filem dan revolusi teknologi: persepsi penggunaan CGI dari aspek ekstetik & kreativiti

Hasrul Hashim, and Jamaluddin Aziz, and Faridah Ibrahim, (2014) Filem dan revolusi teknologi: persepsi penggunaan CGI dari aspek ekstetik & kreativiti. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 30 (Sp . pp. 95-106. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
328kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/index.html

Abstract

Hambatan arus globalisasi dan ledakan teknologi terutamanya dalam aspek penghasilan filem di Malaysia telah menyebabkan berlakunya revolusi makna kreativiti yang sebenar dalam kebanyakan pembikin filem di negara ini. Kemunculan teknologi kesan khas seperti computer generated imagery atau CGI dalam industri perfileman telah mengubah landskap pembikinan filem di serata dunia sekaligus memberikan definisi yang lebih dinamik terhadap makna kualiti dan potensi filem tempatan. Namun, tidak semua pengamal industri perfileman menganggap penggunaan teknologi terutamanya dalam aspek kesan khas visual akan menjamin penghasilan produk filem yang benar-benar berkualiti serta mencabar kreativiti. Oleh yang demikian, kertas ini membincangkan berkenaan dengan pandangan dan pendapat para pengamal industri di Malaysia dan luar negara berkenaan dengan aspek penggunaan teknologi dalam pembikinan filem dan sejauhmanakah aspek ini mampu menjadikan sesebuah filem itu benar-benar berkualiti. Perbezaan sudut pandang terhadap nilai estetik sesebuah filem sebelum dan selepas kemunculan teknologi ini, turut menjadi asas utama terhadap dapatan kajian yang diperoleh.

Item Type:Article
Keywords:Filem; kreativiti; teknologi filem; estetik filem; Computer Generated Imagery (CGI)
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:8024
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2014 00:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page