Literasi Visual dalam Imej Digital Fotografi Forensik Penyiasatan

Nadzri Mohd Sharif, and Mohd Nor Shahizan Ali, and Mohd Yusof Hj Abdullah, (2014) Literasi Visual dalam Imej Digital Fotografi Forensik Penyiasatan. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 30 (Sp . pp. 159-176. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
370kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/index.html

Abstract

Literasi Visual yang dibina dalam imej fotografi forensik merupakan penyampaian maksud melalui gambar bagi menggantikan penggunaan teks. Selain itu, literasi visual juga merupakan keupayaan untuk memahami dan menghasilkan mesej. Visual merupakan satu kemahiran di dalam menilai kebaikan dan keburukan representasi visual seperti memperbaiki kelemahan, merangka pendapat, dan berkongsi pengetahuan. Peranan serta perkaitan literasi visual dengan bidang fotografi forensik adalah sebagai medium plot informasi di sebalik tabir kejadian jenayah. Peranan yang amat besar perlu dipikul dalam bidang fotografi forensik di Malaysia untuk memberikan makna dan maksud sesuatu imej yang boleh bertindak sebagai bahan bukti di mahkamah. Kekerapan kes pembunuhan berprofil tinggi, telah meletakkan imej sebagai bahan bukti penting untuk mempengaruhi objektiviti hakim. Pemahaman terhadap literasi visual adalah amat penting bagi pihak pentadbiran mahkamah, pembelaan, pendakwaan dan pegawai penyiasat dalam memberikan tafsiran. Keupayaan jurugambar forensik bukan hanya melaksanakan penyiasatan dengan sempurna, tetapi kemampuan untuk memberikan analisis imej fotografi visual untuk menghasilkan bukti dokumentasi bagi menyokong tuntutan penyiasatan jenayah dan pendakwaan di mahkamah. Bukti daripada imej fotografi adalah bukti yang mempunyai kepentingan yang sama dengan bukti-bukti lain dalam penyiasatan polis.

Item Type:Article
Keywords:literasi visual; fotografi forensik; undang-undang; siasatan jenayah; komunikasi visual
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:8028
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2014 00:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page