Tepak Sirih: Komunikasi Bukan Lisan dalam Adat Perkahwinan Melayu

Norhuda Salleh, (2014) Tepak Sirih: Komunikasi Bukan Lisan dalam Adat Perkahwinan Melayu. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication (30 (Sp). pp. 177-190. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
598kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/index.html

Abstract

Tepak sirih merupakan peralatan adat yang dominan dalam perlakuan adat masyarakat Melayu terutama dalam adat perkahwinan Melayu. Tepak sirih wujud dalam masyarakat pengamal makan sirih yang terletak dalam Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) lebih 1000 tahun lalu. Makalah ini membincangkan peranan tepak sirih sebaga simbol komunikasi bukan lisan dalam adat perkahwinan Melayu khususnya dalam adat meminang dan bertunang. Pengumpulan data dilakukan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan. Lokasi kajian di Kampung Seri Kedah, Sungai Leman Sekinchan Selangor. Temu bual mendalam bersama mak andam iaitu orang yang terlibat dalam adat perkahwinan dilakukan pada tahun 2010. Analisa data menggunakan pendekatan semiotik kerana sirih yang digunakan dalam pelakuan adat dilihat sebagai satu kesatuan secara menyeluruh bukan terpisah. Pendekatan kajian teks ialah mengkaji sirih dan bahan sampingan yang digunakan serta tingkah laku semasa sesuatu acara dilaksanakan sebagai satu sistem tanda menyampaikan makna yang berkaitan. Hasil kajian mendapati tepak sirih bertekad benang emas digunakan dalam perlakuan adat meminang dan bertunang masyarakat Melayu. Tepak sirih sebagai simbol komunikasi bukan lisan membawa makna sebagai pembuka kata, persetujuan, penerimaan dan penolakan.

Item Type:Article
Keywords:Tepak sirih; sirih; simbol; adat; komunikasi
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:8029
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2014 00:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page