Faktor-Hubungan Kedinamikan Dalaman dengan Keberkesanan Pasukan Maya: Satu Tinjauan di Organisasi Bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC) yang Terpilih

Norizah Aripin, and Hasrina Mustafa, and Adnan Hussein, (2014) Faktor-Hubungan Kedinamikan Dalaman dengan Keberkesanan Pasukan Maya: Satu Tinjauan di Organisasi Bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC) yang Terpilih. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 30 (Sp . pp. 191-218. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
491kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/index.html

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan kedinamikan dalaman pasukan maya dari segi kekerapan penggunaan media komunikasi dengan keberkesanan pasukan maya. Kaedah kuantitatif digunakan dengan mengedar 363 soal selidik kepada staf yang berpengalaman bekerja berorientasikan pasukan maya dalam organisasi bertaraf MSC di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Ujian Korelasi Spearman digunakan untuk menguji hubungan antara kekerapan penggunaan media komunikasi (panggilan telefon, mel suara, faks, e-mel, pemesejan segera, telepersidangan audio, telepersidangan video, sistem pangkalan data bersama, dan komunikasi bersemuka) dengan keberkesanan pasukan maya (pencapaian pasukan, kepuasan ahli pasukan dan kualiti pembuatan keputusan pasukan). Hasil kajian mendapati bahawa kekerapan penggunaan panggilan telefon, e-mel dan sistem pangkalan data bersama mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan keberkesanan pasukan maya. Hasil kajian juga membuktikan bahawa kekerapan penggunaan komunikasi bersemuka dan mel suara mempunyai hubungan yang negatif dan signifikan dengan keberkesanan pasukan maya. Walau bagaimanapun,penggunaan faks, pemesejan segera, telepersidangan audio dan telepersidangan video tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkesanan pasukan maya. Berdasarkan hasil kajian ini, penggunaan panggilan telefon, e-mel dan sistem pangkalan data bersama menyumbang kepada keberkesanan pasukan maya.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan kedinamikan; keberkesanan; pasukan maya; terpilih; MSC
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:8030
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2014 00:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page