Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman, and Latifah Sarah Supian, and Hadi Guna, and Nik Nur Syahirah Mohammad, and I-Shyan, Hwang and Afiq Hipni, (2014) Fabrikasi dan Pencirian Pencerai 3×3 Berasaskan Gentian Optik Polimer (POF) dengan Teknik Pelakuran Berkos Rendah. Sains Malaysiana, 43 (11). pp. 1743-1750. ISSN 0126-6039
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Gentian optik polimer (POF) mempunyai banyak kelebihan dan banyak digunakan untuk komunikasi terutamanya dalam industri automotif. Komunikasi ini memerlukan maklumat yang banyak dihantar pada satu masa dengan kos yang rendah. Untuk itu pencerai 3×3 POF yang berkonsepkan pemultipleks bahagi jarak gelombang (WDM) yang berkos rendah dan berteknologi hijau difabrikasikan. Pencerai POF ini difabrikasikan dengan menggunakan alat yang murah dan mudah didapati, iaitu tiub besi dan lilin. Teknik fabrikasi yang digunakan adalah dengan memanaskan tiga lembar POF sehingga bahagian tengahnya mencair dan melakur sehingga mengecil dan memanjang berdiameter 1 mm. Pencerai 3x3 POF yang berjaya difabrikasi dicirikan dengan mengukur kehilangan POF sebelum dan selepas hujungnya diratakan dan digilap dengan dua jenis kertas pasir yang berlainan darjah kekasaran. Ini untuk melihat kesan gilapan pada kehilangan isyarat optik. Kehilangan pencerai POF juga diukur pada suhu yang berbeza bagi melihat kesannya pada prestasi pencerai POF. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, dapat dilihat bahawa kebersihan dan kerataan hujung POF memberi kesan kepada kehilangan dengan penurunan antara 0.3 hingga 5.0 dB. Suhu juga memberi kesan kepada kehilangan isyarat POF, walaupun tidak begitu ketara, dengan purata peningkatan kehilangan sebanyak 0.3 dB. Walaupun secara keseluruhannya nilai kehilangan dalam pencerai POF yang difabrikasi ini masih tinggi, prestasi ini dapat diperbaiki dengan penambahbaikan pada teknik pelakuran dan penggunaan alat yang lebih berkualiti. Teknik pemfabrikasi berkos rendah ini dipercayai boleh menghasilkan pencerai POF yang murah secara komersil, tetapi dengan kajian yang lebih mendalam pada teknik pelakuran, punca kehilangan dan cara meminimumkan kehilangan boleh diperoleh dan meningkatkan isyarat optik keluaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Buatan tangan; mesra alam; mesra pengguna; pencerai POF 3×3; teknik pelakuran |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 8046 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Nov 2014 18:51 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:46 |
Repository Staff Only: item control page