Sintesis Nanozarah Kuprum dalam Larutan Kitosan Menggunakan Kaedah Sinaran Gama

Shahrul Izwan Ahmad, and Shahidan Radiman, and Md. Soot Hj Ahmad, (2014) Sintesis Nanozarah Kuprum dalam Larutan Kitosan Menggunakan Kaedah Sinaran Gama. Sains Malaysiana, 43 (11). pp. 1751-1759. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kesan penggunaan kitosan terhadap nanozarah kuprum (Cu) yang disintesis menggunakan sinaran gama sebagai sumber agen penurunan telah dijalankan dalam sistem akues. Dos sinaran terserap yang digunakan adalah 50 kGy manakala penambahan isopropanol adalah penting sebagai penggarut kepada radikal pengoksidaan serta meningkatkan peranan agen penurun yang terhasil daripada proses radiolisis. Analisis serapan optik-UV telah mencirikan sifat optik larutan nanozarah Cu yang disintesis. Ketulenan fasa kristal nanozarah Cu yang terbentuk dalam matrix kitosan telah dibuktikan dengan pembelauan sinar-X (XRD). Berdasarkan imej mikroskop imbasan elektron (TEM), nanozarah Cu yang terhasil adalah berbentuk sfera dengan julat saiz 6-10 nm kecuali nanozarah Cu yang disintesis dalam kepekatan kitosan 0.3% w/v yang menunjukkan taburan bentuk yang tidak sekata. Analisis spektrofotometer transformasi Fourier inframerah (FTIR) yang dijalankan telah mengesahkan kehadiran sebatian kitosan dalam sampel nanozarah Cu dengan kepekatan kitosan 0.1 dan 0.3% w/v. Kajian ini mendapati penggunaan kitosan dapat melindungi nanozarah Cu daripada pengoksidaan oleh persekitaran. Saiz nanozarah juga didapati meningkat seiring dengan peningkatan kepekatan kitosan yang digunakan.

Item Type:Article
Keywords:Kitosan; nanozarah kuprum; sinar gama; sistem akues
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:8047
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2014 18:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page