Norazzizi Nordin, and Mohamed Rozali Othman, (2014) Pengoksidaan Elektrokimia C. I. Reactive Orange 4 Menggunakan Elektrod Komposit Dwilogam. Sains Malaysiana, 43 (11). pp. 1761-1768. ISSN 0126-6039
|
PDF
769kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Elektrod komposit dwilogam yang disediakan hasil campuran serbuk argentums (Ag) dan karbon (C) (dinamakan AgC-PVC) memberikan hasil elektrolisis larutan pewarna C. I. Reactive Orange 4 (RO4) yang tidak berwarna dan tanpa penghasilan enapan lumpur berbanding elektrod komposit dwilogam lain. Perbezaan nisbah komposisi serbuk Ag:C (30:70, 50:50 and 70:30) dalam penyediaan elektrod seterusnya diuji untuk melihat kesan perbezaan komposisi ini terhadap penyahwarnaan RO4. Melalui persamaan Tafel yang diperoleh, elektrod Ag28.5C66.5-PVC5 yang menggunakan komposisi 30% Ag dan 70% C memberikan nilai perubahan ketumpatan arus, io yang lebih tinggi iaitu 3.555 mA/cm2 berbanding elektrod lain. Elektrod ini mempunyai aktiviti pemangkinan elektrokimia yang lebih baik berbanding elektrod lain. Hasil proses elektrolisis elektrod Ag28.5C66.5-PVC5 terhadap larutan RO4 telah dianalisis menggunakan spektrofotometer UV-Nampak dan didapati proses degredasi kumpulan azo dalam pewarna tersebut telah berlaku selepas proses elektrolisis yang menghasilkan larutan tidak berwarna.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Elektrod komposit dwilogam; pengoksidaan elektrokimia; penyahwarnaan |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 8048 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Nov 2014 19:01 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:46 |
Repository Staff Only: item control page