Pengelompokan kabur dalam perantauan kecenderungan kemarau di Semenanjung Malaysia

Wahidah Sanusi, and Abdul Aziz Jemain, and Wan Zawiah Wan Zin, (2014) Pengelompokan kabur dalam perantauan kecenderungan kemarau di Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 43 (11). pp. 1791-1800. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Dalam kajian ini, pendekatan pengelompokan kabur Gustafson-Kessel (GK) telah digunakan untuk mengelaskan 35 stesen hujan di Semenanjung Malaysia ke dalam rantau homogen. Pertama, algoritma pengelompokan kabur GK digunakan untuk mengenal pasti rantau awal. Kemudian, diuji keserasian dan kehomogenan rantau berkenaan. Akhir sekali, penyesuaian rantau dilakukan untuk mendapatkan rantau homogen. Hasil kajian mendapati 35 stesen hujan kajian boleh dibahagikan kepada enam rantau yang homogen. Rantau 1 meliputi bahagian barat laut dan utara Semenanjung Malaysia, rantau 2, 3 dan 4 meliputi bahagian barat, rantau 5 meliputi bahagian barat daya dan rantau 6 meliputi bahagian timur. Hasil kajian ini juga memperlihatkan bahawa berdasarkan nilai purata Indeks Kerpasan Piawai (SPI) skala masa satu bulan, rantau 2 lebih sering mengalami keadaan kemarau melampau. Walau bagaimanapun, berdasarkan SPI skala masa satu bulan, peristiwa kemarau terjadi secara rawak dalam semua rantau yang dianalisis, bahkan semua rantau tersebut pernah mengalami kejadian kemarau melampau dalam tempoh masa setahun. Hasil kajian ini turut menunjukkan bahawa pendekatan pengelompokan kabur Gustafson-Kessel boleh digunakan untuk membina rantau homogen.

Item Type:Article
Keywords:Indeks Kerpasan Piawai (SPI); pengelompokan kabur Gustafson-Kessel; perantauan; ujian kehomogenan; ujian keserasian
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:8052
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2014 19:22
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page