Kualiti pelaporan maklumat syarikat-syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur

Lily Marlina Ab. Manan, and Takiah Mohd Iskandar, (2003) Kualiti pelaporan maklumat syarikat-syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur. Jurnal Pengurusan, 22 . pp. 27-45. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index

Abstract

Kajian ini meneliti kualiti pelaporan maklumat dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Objekrif kajian adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri syarikat yang mempunyai hubungan dengan kualiti pelaporan maklumat. Kajian ini mengemukakan hipotesis bahawa kualiti pelaporan maklumat mempunyai hubungan dengan struktur pemilikan, leveraj, keberuntungan dan jenis firma yang mengaudit syarikat. Teori agensi digunakan untuk menerangkan hubungan tersebut. Dalam kajian ini kualiti pelaporan ditentukan berlandaskan kriteria pelaporan yang baik oleh National Annual Corporate Report Award (NACRA). Hasil analisis regresi logistik mendapati dua ciri utama syarikat mempunyai hubungan yang signifikan dengan kualiti pelaporan maklumat iaitu leveraj dan keberuntungan. Penemuan ini menunjukkan bahawa pengurusan syarikat melaporkan maklumat dengan baik untuk menjaga pemiutang dan pelabur sebagai pihak utama yang berkepentingan dalam syarikat. Implikasi hasil kajian ini dan arah tuju penyelidikan masa hadapan turut dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:kualiti pelaporan maklumat
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:8056
Deposited By: stud01
Deposited On:28 Nov 2014 15:55
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page