Kebebasan juru audit sebagai pemoderat dalam hubungan antara kualiti audit dengan pengurusan perolehan

Inten Meutia, and Radziah Abd Latiff, and Romlah Jaffar, (2004) Kebebasan juru audit sebagai pemoderat dalam hubungan antara kualiti audit dengan pengurusan perolehan. Jurnal Pengurusan, 23 . pp. 73-95. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index

Abstract

Kajian ini meneliti kesan kebebasan juru audit terhadap hubungan antara kualiti audit dengan pengurusan perolehan. Data diperolehi daripada 131 buah syarikat dari lapan industri yang tersenarai di Bursa Efek Jakarta (BEl) Indonesia untuk tempoh 1998 - 2001. Hasil kajian mendapati hubungan yang signifikan antara kualiti audit dengan tahap pengurusan perolehan. Tahap pengurusan perolehan syarikat yang diaudit oleh firma audit yang berkualiti (Big) lebih rendah berbanding tahap J¥ngurusan perolehan syarikat yang diaudit firma audit yang kurang berkualiti (Non Big). Pembolehubah kebebasan yang diukur menggunakan perkhidmatan bukan audit tidak dapat menyederhanakan hubungan ini manakala pembolehubah pemoderat kebebasan, yang diukur menggunakan tempoh memegang jawatan juru audit, dapat mempengaruhi syarikat untuk mengurus perolehan. 1ni bermakna kesan kualiti audit terhadap amalan pengurusan perolehan dapat disederhanakan oleh lama mana firma audit tersebut menjadi juruaudit syarikat.

Item Type:Article
Keywords:kebebasan juru audit
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:8065
Deposited By: stud01
Deposited On:28 Nov 2014 18:20
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page