Hubungan polisi hutang, pemilikan dalaman dan polisi dividen sebagai mekanisme pengawasan masalah agensi di Malaysia

D. Agus Harjito, and Fauzias Mat Nor, and Bany Ariffin Amin Noordin, (2007) Hubungan polisi hutang, pemilikan dalaman dan polisi dividen sebagai mekanisme pengawasan masalah agensi di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 26 . pp. 3-24. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
586kB

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan saling mengganti (substitutability) antara polisi hutang, pemilikan dalaman dan polisi dividen sebagai mekanisme pengawasan masalah agensi yang berlaku di Malaysia. Apabila wujud hubungan saling mengganti antara mekanisme-mekanisme pengawasan tersebut, maka masalah agensi boleh dikurangkan melalui hubungan ini. Pengurangan masalah agensi akan meningkatkan nilai firma yang ditunjukkan oleh nilai Tobin's Q, Kajian inijuga memeriksa hubungan saling mengganti antara hutang, pemilikan dalaman dan dividen apabila masalah agensi secara ekstrim diambil kira_ Masalah agensi yang ekstrim (tinggi) diukur berdasarkan pada tahap hutang jangka pendek yang tinggi, tahap pemilikan dalaman dan kadar pembayaran dividen yang rendah, Sampel kajian meliputi 396 firma yang tersenarai di Bursa Malaysia dari tahun 2001 sehingga tahun 2004. Kajian ini menggunakan kaedah kuasa dua terkecil dua peringkat (two-stage least square, 2SLS). Berdasarkan hasil kajian disimpulkan bahawa hubungan saling mengganti antara polisi hutang. pemilikan dalaman dan polisi dividen datam peranan pengawasan masalah agensi tidak wujud sepenuhnya di Malaysia. Hubungan saling mengganti hanya wujud bagi hubungan antara polisi hutang dengan dividen sahaja. Manakala hasil kajian tidak menyokong hipotesis yang menyatakan wujud hubungan saling mengganti antara polisi hutang dengan pemilikan dalaman dan juga antara pemilikan dalaman dengan polisi dividen dalam pengawasan masalah agensi. Seterusnya, kajian ini juga melaporkan hubungan saling mengganti antara polisi hutang, pemilikan dalaman dan polisi dividen dalam peranan pengawasan masalah agensi apabila mengambil kira masalah agensi yang ekstrim tinggi. Sekiranya tahap masalah agensi diambil kira didapati wujud hubungan saling mengganti antara polisi hutang dengan dividen. Manakala tidak wujud hubungan saling mengganti antara pemilikan dalaman dengan pembayaran dividen dan tidak wujud juga hubungan saling mengganti antara polisi hutang dengan pemilikan dalaman dalam peranan pengawasan masalah agensi. Hasil ini konsisten dengan analisis di mana tahap masalah agensi tidak diambil kira.

Item Type:Article
Keywords:polisi hutang
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:8072
Deposited By: stud01
Deposited On:28 Nov 2014 19:24
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page