Kerelevanan nilai pelaporan segmen di Malaysia

Goh, Tuan Bue and Mohamat Sabri Hassan, and Hamezah Md Nor, (2008) Kerelevanan nilai pelaporan segmen di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 27 . pp. 21-47. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
736kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/article/view/841...

Abstract

Kajian lepas mendapati pelaporan segmen adalah relevan untuk menilai risiko dan pulangan bagi firma yang mempunyai kepelbagaian aktiviti dan beroperasi di pelbagai lokasi. oleh itu, beberapa penambahbaikan telah dilakukan untuk memastikan firma lebih telus dalam menyediakan laporan segmen. Di Malaysia, sejajar dengan perkembangan di peringkat antarabangsa, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) telah menerbitkan MASB 22 Segment Reporting pada tahun 2002 bagi menggantikan IAS 14 Segment Reporting, yang dikatakan banyak kelemahan. Kajian ini bertujuan untuk menguji sama ada maklumat segmen yang dilaporkan menurut MASB 22 adalah relevan dan berguna (kerelevanan nilai) dalam pembuatan keputusan. Secara spesifiknya, kajian ini menguji kerelevanan nilai perolehan segmen dan juga nilai buku bersih segmen. Hasil kajian mendapati bahawa perolehan segmen dan nilai huku hersih segmen mempunyai kerelevanan nilai. Walau bagaimanapun. kerelevanan nilai bagi nilai buku bersih segmen terhad dalam situasi tertentu. Ujian kesensitifan yang dijalankan juga menyokong penemuan ini. Konsisten dengan kajian terdahulu, kajian ini juga mendapati perolehan dan nilai buku bersih segmen tidak mempunyai kuasa penjelasan tambahan. Ini menunjukkan bahawa walaupun maklumat segmen mempunyai kerelevanan nilai, pelabur masih mementingkan maklumat buku bersih dan perolehan firma dalam penentuan nilai firma.

Item Type:Article
Keywords:pelaporan segmen
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:8078
Deposited By: stud01
Deposited On:29 Nov 2014 13:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page