Penerimaan pengguna terrhadap kaedah pembayaran elektronik

Shairil Izwan Taasim, and Hasnah Ali, (2013) Penerimaan pengguna terrhadap kaedah pembayaran elektronik. Jurnal Ekonomi Malaysia, 47 (1). pp. 3-12. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
405kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jem/index

Abstract

Pengurusan pembayaran melalui kaedah konvensional iaitu kaunter fizikal kini telah digantikan melalui inovasi yang dibangunkan oleh agensi pungutan pembayaran terutamanya pihak bank dengan memperkenalkan pembayaran eletronik (e-pembayaran) sebagai medium kaunter atas talian. Satu tinjauan umum di Malaysia telah dijalankan dalam kajian ini untuk mengukur tahap penerimaan pengguna Malaysia menggunakan e-pembayaran. Kaedah instrumen empat (4) konstruk yang mengandungi 19 item dengan skala Likert 5 mata telah dibangunkan sebagai medium persepsi bagi menilai penerimaan pengguna. Konstruk yang dibangunkan dianalisis menggunakan kaedah structural equation modeling (SEM) berdasarkan teori penerimaan teknologi (TAM) untuk menilai integrasi teknologi ke dalam organisasi dan menganalisis punca penerimaan dan penolakan teknologi. Kajian telah mendapati tahap penerimaan dalam e-pembayaran adalah tinggi namun penerimaan dalam menggantikannya sebagai kaunter maya berada pada tahap yang minimum. Dapatan ini penting sebagai pengurusan kewangan pengguna dengan lebih sistematik dan seterusnya mampu menjadikan pengguna yang bijak dalam pengurusan kewangan.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah konvensional; kaunter maya; e-pembayaran; Structural Equation Modeling
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:8084
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Nov 2014 23:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page