Pulangan pendidikan antara generasi di Malaysia

Tham, Sook Fan and Ishak Yussof, and Rahmah Ismail, (2013) Pulangan pendidikan antara generasi di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 47 (1). pp. 41-52. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
249kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jem/index

Abstract

Artikel ini bertujuan menganalisis kadar pulangan pendidikan antara generasi di Malaysia. Analisis ditumpukan kepada dua generasi yang utama iaitu ibu bapa dan anak. Data dalam kajian ini diperoleh daripada Projek Penyelidikan Arus Perdana UKM 2010 yang bertajuk ‘Impak Globalisasi Terhadap Struktur Pasaran Buruh di Malaysia’. Bagi tujuan ini, tiga model ekonometrik dibentuk berasaskan kepada model persekolahan Mincer (1974). Logaritma upah bulanan pekerja merupakan pemboleh ubah bersandar manakala pemboleh ubah tak bersandar terdiri daripada bilangan tahun persekolahan, pengalaman bekerja, status generasi, jantina, kaum, sektor pekerjaan dan lokasi kediaman. Kaedah Penganggaran Kuasa Dua Terkecil (OLS) digunakan untuk menganggarkan model yang telah dibentuk. Hasil kajian menunjukkan kesemua pemboleh ubah yang diuji mempengaruhi kadar upah. Walau bagaimanapun, kadar pulangan pendidikan bagi ibu adalah yang tertinggi iaitu 11.40% berbanding dengan bapa (11.29%) dan anak (8.98%). Ini bermakna kadar pulangan pendidikan generasi pertama adalah lebih tinggi daripada kadar pulangan pendidikan generasi kedua. Hasil kajian ini memberi implikasi dasar bahawa kerajaan harus menjana lebih banyak peluang pekerjaan khususnya pekerjaan yang berkemahiran dan berteknologi tinggi untuk generasi kedua. Ini juga selaras dengan matlamat kerajaan dalam mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Kadar pulangan pendidikan; inter-generasi; kadar upah
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:8088
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Nov 2014 00:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page