Kesan dasar makroekonomi kepada pelancongan di Malaysia

Kalsom Zakaria, and Tamat Sarmidi, and Norlida Hanim Mohd Salleh, and Redzuan Othman, (2013) Kesan dasar makroekonomi kepada pelancongan di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 47 (1). pp. 53-64. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
262kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jem/index

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kewujudan hubungan antara pelancongan, pertumbuhan dan dasar makroekonomi di Malaysia. Untuk tujuan tersebut ujian kointegrasi berasaskan struktur autoregrasi lat bertabur (ARDL) digunakan. Pemboleubah yang digunakan ialah pertumbuhan (KDNK), kadar pertukaran benar efektif (REER) perbelanjaan kerajaan (EXPM) dan krisis ekonomi (CR). Data tahun 1980 hingga 2009 bagi 10 buah negara terpilih iaitu Brunei, Thailand, Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat (USA), Singapura, Jepun, India, Australia dan China digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa ujian punca unit Augmented Dickey Fuller (ADF) bagi semua pemboleh ubah adalah pegun pada tahap paras I(0) atau pembezaan pertama I(1). Ujian kointegrasi menunjukkan wujud hubungan jangka panjang antara semua negara. Kadar pertukaran benar REER merupakan pemboleh ubah yang sangat penting mempengaruhi ketibaan pelancong berbanding pemboleh ubah lain seperti EXPM. EXPM umpamanya hanya signifikan mempengaruhi ketibaan pelancong bagi beberapa buah negara iaitu Australia, Brunei, Singapura, Thailand dan United Kingdom. Jika dibandingkan antara negara pula didapati setiap negara memperoleh keputusan yang berbeza. Australia umpamanya didapati tiga pemboleh ubah penting yang mempengaruhi ketibaan pelancong ialah KDNK, EXPM dan REER, manakala bagi negara Brunei dan United Kingdom hanya satu pemboleh ubah yang penting mempengaruhi ketibaan pelancong iaitu EXPM. Negara China dan Amerika Syarikat pula menunjukkan hubungan yang signifikan bagi pemboleh ubah KDNK, REER dan CR.

Item Type:Article
Keywords:Pelancongan; dasar makroekonomi; model ARDL
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:8089
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Nov 2014 00:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page