Zulkefly Abdul Karim, and Musa Muhamad Ali, and Mohd Azlan Shah Zaidi, (2013) Pertumbuhan firma, kewangan dan kebebasan ekonomi: suatu kajian data panel. Jurnal Ekonomi Malaysia, 47 (1). pp. 173-180. ISSN 0127-1962
|
PDF
256kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jem/index
Abstract
Kertas ini bertujuan mengkaji secara empirikal pengaruh kewangan (sumber pembiayaan kewangan) dan kebebasan ekonomi terhadap pertumbuhan firma patuh syariah dan konvensional yang tersenarai di Bursa Malaysia dari tahun 2000-2010. Kaedah data panel statik dengan menggunakan model kesan tetap (fixed effect) telah digunakan untuk menganggar penentu pertumbuhan firma. Hasil kajian mendapati sumber kewangan dalaman dan kewangan luaran berhubungan positif dan signifikan mempengaruhi pertumbuhan firma. Di samping itu, pertumbuhan firma patuh syariah lebih sensitif dipengaruhi oleh kewangan dalaman berbanding dengan kewangan luaran, sebaliknya, pertumbuhan firma konvensional lebih sensitif dipengaruhi oleh sumber kewangan luaran berbanding dengan kewangan dalaman. Selain itu, pertumbuhan firma patuh syariah berhubungan negatif dengan kebebasan ekonomi, manakala pertumbuhan firma konvensional pula berhubungan positif dengan kebebasan ekonomi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kekangan kewangan; kebebasan ekonomi; pertumbuhan firma; data panel statik |
Journal: | Jurnal Ekonomi Malaysia |
ID Code: | 8100 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 30 Nov 2014 19:00 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:46 |
Repository Staff Only: item control page