Pembangunan dan perlaksanaan perkhidmatan eKerajaan: analisis amalan eKerajaan berpusat rakyat dari perspektif ANT (Actor Network Theory)

Hasmiah Kasimin, and Siti Hajar Mohd. Idris, and Noraidah Sahari, (2013) Pembangunan dan perlaksanaan perkhidmatan eKerajaan: analisis amalan eKerajaan berpusat rakyat dari perspektif ANT (Actor Network Theory). Jurnal Ekonomi Malaysia, 47 (2). pp. 39-54. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
650kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jem/index

Abstract

Ramai yang percaya bahawa pendekatan pelaksanaan eKerajaan berpusat rakyat boleh membawa kepada peningkatan penggunaan dalam kalangan rakyat. Namun praktis amalannya kurang diberi perhatian dalam susastera pelaksanaan eKerajaan. Kertas ini cuba meneroka amalan eKerajaan berpusat rakyat dalam pelaksanaan inisiatif eKerajaan ke atas satu kajian kes Majlis Perbandaran di Selangor. Analisis dibuat mengguna kerangka konsep yang terdiri daripada gabungan Actor Network Theory (ANT), model proses pembangunan sistem eKerajaan, pendekatan berpusat pengguna dan reka bentuk berpusat pengguna. Data dan maklumat didapat daripada laman sesawang agensi, temu duga, dokumen formal dari agensi dan arahan pekeliling sektor awam Malaysia. Kajian mendapati pelaksanaan inisiatif eKerajaan masih lebih mirip kepada pendekatan berpusat agensi. Keperluan perkhidmatan dan aspirasi rakyat tidak diambil kira secara formal dan tiada panduan kerja untuk menggalak penglibatan pengguna rakyat. Kajian mencadangkan pelaksanaan inisiatif ekerajaan berpusat rakyat memerlukan amalan pengurusan bersepadu interaksi ramai aktor, amalan penglibatan rakyat, sokongan sistem penilaian dan maklum balas pengguna rakyat yang kerap. Kajian lanjut dengan mengguna kerangka kerja jaringan aktor yang bersepadu perlu dilakukan untuk membina garis panduan bagi membantu agensi awam mengamal amalan tersebut. .

Item Type:Article
Keywords:eKerajaan; pendekatan berpusat rakyat; pendekatan berpusat agensi; Actor Network Theory
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:8118
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Dec 2014 19:30
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page