Pematuhan industri pembuatan terhadap peraturan alam sekitar di Utara Semenanjung Malaysia

Mohd Nasir Nawawi, and Jamal Ali, and Lim, Hock Eam (2013) Pematuhan industri pembuatan terhadap peraturan alam sekitar di Utara Semenanjung Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 47 (2). pp. 111-121. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
693kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jem/index

Abstract

Pencemaran air dari sisa kumbahan industri merupakan satu isu alam sekitar yang memberi kesan kepada Malaysia dari segi kualiti alam sekitar. Walau pun negara ini telah melaksanakan pelbagai peraturan pencegahan pencemaran, masalah ini masih tidak dapat diselesaikan dan syarikat-syarikat yang berkaitan masih mencemar alam sekitar. Oleh itu adalah penting untuk memahami mengapa peraturan yang dibuat tidak berkesan dan berusaha mencari penyelesaian untuk memperbaiki keadaan tersebut. Kelakuan pematuhan industri terhadap peraturan alam sekitar bukan sahaja penting untuk melindungi alam sekitar dan ekosistem, malahan memberi gambaran kepada kredibiliti peraturan itu sendiri dan agensi penguatkuasa. Model ekonometrik digunakan untuk menganggar keputusan melanggar peraturan oleh pemilik dan pengurus dalam industri makanan, tekstil dan kertas di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kajian mendapati walaupun peraturan berjaya menyedarkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan peniaga, ia kurang berjaya mengurangkan pencemaran sisa kumbahan. Kajian juga mendapati peniaga mengetahui isu berkaitan perlindungan alam sekitar. Walau bagaimanapun pematuhan peraturan alam sekitar di kalangan mereka bukan satu yang diutamakan. Secara keseluruhan kos rawatan dan kebarangkalian diperiksa mempengaruhi gelagat kepatuhan peniaga. Kajian mencadangkan pemberian insentif cukai dalam pembelian alatan rawatan sisa kumbahan dan kekerapan aktiviti pemeriksaan ke atas kilang yang terlibat boleh meningkatkan kepatuhan.

Item Type:Article
Keywords:Pematuhan; efluen perindustrian; pencemaran; peraturan alam sekitar
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:8123
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Dec 2014 19:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page