Kesejahteraan kewangan dalam kalangan guru wanita

Zaimah Ramli, and Sarmila Md. Sum, and Habib Ismail, (2013) Kesejahteraan kewangan dalam kalangan guru wanita. Jurnal Ekonomi Malaysia, 47 (2). pp. 129-135. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
635kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jem/index

Abstract

Kertas adalah sebahagian hasil Projek Penyelidikan UKM-GGPM-CMNB-144-2010. Kajian ini bertujuan membincangkan tahap kesejahteraan kewangan dalam kalangan guru wanita. Secara khusus, objektif kajian ialah mengukur tahap kesejahteraan kewangan guru wanita dan mengenalpasti faktor-faktor sosio-ekonomi yang mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan mereka. Seramai 325 orang guru wanita dipilih dan dianalisis dalam perbincangan ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Pengukuran kesejahteraan kewangan kajian menggunakan Malaysian Financial Well-Being Scale (MFWBS). Skala ini mengandungi 12 soalan dengan 10 skala pengukuran, iaitu skala 1 (skor paling rendah) dan skala 10 (skor paling tinggi). Hasil kajian mendapati kebanyakan guru wanita mempunyai tahap kesejahteraan kewangan yang sederhana dan terdapat perbezaan signifikan antara umur, jumlah simpanan dan jumlah aset dengan tahap kesejahteraan kewangan guru wanita. Selain itu, faktor umur, tempoh perkhidmatan dan pendapatan bulanan guru wanita juga mempunyai hubungan dengan tahap kesejahteraan kewangan mereka, tetapi kurang mempengaruhi. Implikasi utama kajian menyarankan agar pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan kewangan peribadi dalam kalangan guru perlu diberi keutamaan di samping tingkah laku kewangan kerana ianya mempunyai hubungan dan mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan.

Item Type:Article
Keywords:Kesejahteraan kewangan; pengukuran subjektif; guru wanita
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:8126
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Dec 2014 19:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page