Ketaksepadanan pekerjaan dan inflasi pendidikan

Zulkifly Osman, and Hazrul Izuan Shahiri, (2013) Ketaksepadanan pekerjaan dan inflasi pendidikan. Jurnal Ekonomi Malaysia, 47 (2). pp. 137-147. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
652kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jem/index

Abstract

Pelaburan berlebihan dalam pendidikan tidak hanya menambahkan penganggur berpendidikan, tetapi boleh turut menghasilkan ketaksepadanan perkerjaan kesan daripada pekerja terpaksa menerima pekerjaan dengan keperluan kelayakan yang lebih rendah daripada kelayakan yang dimiliki. Fenomena ini boleh mencetuskan inflasi pendidikan apabila kadar pulangan bersih pendidikan menjadi negatif. Seramai 1,117 pekerja di Selatan Semenanjung Malaysia, iaitu meliputi negeri Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan telah diambil sebagai sampel soal selidik pada tahun 2011/2012 bagi menguji fenomena tersebut. Hasil soal selidik menunjukkan berlaku fenomena ketaksepadanan pekerjaan dalam pasaran buruh. Hasil penganggaran terhadap fenomena ini berasaskan ubahsuai model pendapatan Mincer (1974) menunjukkan bahawa kadar pulangan terhadap pendidikan merosot dan menjadi negatif dan boleh diterjemahkan sebagai potensi berlakunya inflasi pendidikan.

Item Type:Article
Keywords:Ketakpadanan pekerjaan; inflasi pendidikan; terlebih didik; kadar pulangan pendidikan dan pasaran buruh
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:8127
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Dec 2014 19:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page