Kesan fermentasi terhadap ciri fizikokimia dan aktiviti antioksida ekstrak mengkudu (Morinda citrifolia L.)

S.L., Cheah and C.L., Pung and Haslaniza, H. and Sahilah, A.M. and Maskat, M.Y. (2014) Kesan fermentasi terhadap ciri fizikokimia dan aktiviti antioksida ekstrak mengkudu (Morinda citrifolia L.). Sains Malaysiana, 43 (12). pp. 1907-1913. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
574kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan fermentasi terhadap ciri fizikokimia dan aktiviti antioksida ekstrak mengkudu. Analisis yang dilakukan adalah untuk menentukan nilai pH, keasidan tertitrat, jumlah pepejal terlarut (°Briks), jumlah kandungan fenolik (TPC) dan kuasa penyingkiran radikal bebas (DPPH) melibatkan fermentasi jangka pendek (0, 1 dan 2 minggu) dan jangka panjang (4, 6, 8, 10 dan 12 minggu). Bagi fermentasi jangka pendek, keputusan kajian menunjukkan nilai pH dan kuasa penyingkiran radikal bebas (DPPH) mengalami penurunan yang signifikan (p<0.05) berbanding ekstrak mengkudu segar. Nilai pH, kandungan fenolik jumlah (TPC) dan kuasa penyingkiran radikal bebas (DPPH) menurun secara signifikan (p<0.05) manakala keasidan tertitrat meningkat secara signifikan (p<0.05) bagi fermentasi jangka panjang. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa pH, keasidan tertitrat, jumlah kandungan fenolik dan aktiviti antioksida ekstrak mengkudu mengalami perubahan yang signifikan semasa fermentasi dijalankan. Hanya jumlah pepejal terlarut menunjukkan perubahan yang tidak signifikan (p<0.05) setelah menjalani fermentasi. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, fermentasi buah mengkudu didapati tidak menghasilkan kesan yang positif kepada aktiviti antioksida dan jumlah kandungan fenolik bagi ekstrak buah mengkudu dengan fermentasi menghasilkan pengurangan aktiviti antioksida dan jumlah kandungan fenolik yang ketara.

Item Type:Article
Keywords:Antioksida; fermentasi; fizikokimia; Morinda citrifolia L.
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:8152
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jan 2015 13:37
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page