Bushral Huda Abd Manan, and Muhamad Faisal Asha’ari, (2014) Konsep nilai guna dalam penilaian e-Masjid: tinjauan awal. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 36 (2). pp. 15-26. ISSN 0216-5636
|
PDF
266kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Abstract
Penggunaan e-masjid di Malaysia masih lagi di bawah tahap sederhana kerana e-masjid yang sedia ada masih belum dapat lagi menarik penyertaan yang ramai sedangkan kadar tembus internet di Malaysia agak tinggi iaitu 16.9 juta orang pada tahun 2010. Untuk menambahkan lagi kadar tembus ke e-masjid, ia perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak pengguna di samping meraikan juga kekangan dari pihak e-masjid sendiri. Kajian ini menggunakan konsep nilai guna iaitu konsep yang mengkaji selera pengguna terhadap sesuatu barangan dan perkhidmatan. Kajian ini menumpukan kepada penilaian terhadap laman web empat buah masjid utama dalam Malaysia di kawasan bandar-bandar besar seperti Masjid Wilayah, Masjid Negeri Shah Alam, Masjid Negara dan Masjid Putra, Putrajaya. Kajian ini juga mengenal pasti selera pengguna dalam mengakses laman web masjid. Kaedah tinjauan (survey) telah digunakan dalam kajian ini menggunakan dua metode mendapatkan data iaitu soal selidik dan temu bual. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa domain nilai tambah e-masjid yang merangkumi tazkirah, mutiara kata dan carian hal keagamaan menjadi sebab utama tarikan pengunjung terhadap laman web masjid.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Nilai guna; masjid; e-masjid; internet |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 8162 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Jan 2015 13:16 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:46 |
Repository Staff Only: item control page