Intan Farhana Saparudin, and Fariza Md. Sham, and Salasiah Hanin Hamjah, (2014) Simptom histeria dalam kalangan remaja sekolah di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 36 (2). pp. 27-38. ISSN 0216-5636
|
PDF
352kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Abstract
Histeria merupakan satu permasalahan sosial yang banyak berlaku dalam kalangan remaja sekolah di Malaysia. Fenomena histeria yang terjadi kepada pelajar di beberapa sekolah di negara ini memberi kesan negatif yang memudaratkan sama ada dari sudut psikologi, jasmani mahupun spiritual. Dalam menangani gejala histeria, simptom histeria harus dikenal pasti terlebih dahulu agar langkah pencegahan yang bersesuaian dan tepat dapat disarankan. Hasil kajian kepustakaan yang dijalankan mendapati simptom-simptom histeria dapat dikenal pasti melalui tiga sudut kategori iaitu simptom dari sudut psikologi, psikiatri dan perawatan Islam. Dari sudut psikologi, simptom histeria ialah pelajar mengalami gangguan perasaan dan emosi seperti murung, bimbang, tertekan, mudah marah, sensitif terhadap persekitaran dan mengalami masalah psikologi yang lain seperti masalah penyesuaian kendiri, kemahiran menghadapi masalah dan sebagainya. Manakala dari sudut klinikal, simptom histeria yang ditunjukkan dapat dikenal pasti melalui dua jenis simptom iaitu sindrom ceraian (dissociative hysteria) dan sindrom jelmaan (conversion disorder). Sudut perawatan Islam mendapati simptom histeria ialah berupa gejala kerasukan seperti menjerit, meracau, bertindak agresif dan di luar kawalan, menangis, tidak sedarkan diri dan menunjukkan gangguan dirasuk oleh jin dan syaitan. Keseluruhan simptom ini secara umumnya ialah simptom-simptom yang membawa kepada gejala histeria pada remaja sekolah di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Simptom histeria; remaja; psikologi; rawatan Islam; spiritual |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 8163 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Jan 2015 13:20 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:46 |
Repository Staff Only: item control page