Konsep tafsir al-Quran menurut Nasr Hamid Abu Zayd

Nur Zainatul Nadra Zainol, and Muhd Najib Abd Kadir, and Latifah Abd. Majid, (2014) Konsep tafsir al-Quran menurut Nasr Hamid Abu Zayd. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 36 (2). pp. 39-46. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
379kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Artikel ini menganalisis pandangan Nasr Hamid Abu Zayd yang merupakan seorang sarjana Islam kontemporari dalam bidang tafsir al-Quran. Menurut Abu Zayd pemahaman semula terhadap tafsir al-Quran ini adalah penting kerana metode tafsir tradisional bersifat kaku dan literal (harfiyyat). Ia tidak menepati tujuan utama al-Quran diturunkan, iaitu untuk memberi petunjuk kepada manusia. Metode tradisional juga tidak sesuai untuk menafsirkan al- Quran berdasarkan kepada keadaan sosial umat Islam pada hari ini. Untuk mencapai tujuan ini, kajian ini mengupas kedudukan al-Quran menurut Abu Zayd, metode tafsir Abu Zayd dan aplikasi teori tafsiran Abu Zayd. Kajian ini bersifat kepustakaan dengan mengaplikasi metode analisis dokumen yang terdiri daripada buku-buku karya Abu Zayd tentang konsep tafsir al-Quran. Pandangan beliau mengenai konsep dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran adalah menyelusuri kaedah yang telah diaplikasi oleh sarjana Barat dalam sistem tafsiran Bible.

Item Type:Article
Keywords:Nasr Hamid Abu Zayd; tafsir al-Quran; metod hermeneutik; takwil; teori dalalah
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:8164
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2015 13:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page